Monday, January 27, 2014

AM IN LURVE W MY NEW LOOK HOME

Assalamualaikum

Sekarang nih asyik nak balik cepat aje..
Bukan apa coz my new look revamp hall room.
Ye lah umah kita..penat lelah kita painting the house deco a bit here and there...walaupun tak lah cantiq mcm mana pun ia tetap umah ku...kerja sama kami anak beranak.

Now balik umah aje lepak kat buai buai..hahah dah mcm antu mak limah lak..bertenggek aje atas buai buai tu tanpa lakukan apa apa pun....eh silap sambil baca atau menonton...kadang sampai terlelap...
Nih dah mcm jadi favorite spot ....bosan bosan tgk lah perhiasan antiq antiq yang ada dlm display cabinet.

Rumahku syurga...ketenteraman dan kepuasan yang tak dapat dibayangkan dan dinyatakan bila berada di rumah
Especially dgn orang orang yang tercinta. Semua penat lelah hilang dgn serta merta...

Just sharing my humble hut deco...


Ok lah Umah bilik dah cantique...sekarang nak cari idea pula utk kitchen...
Rumahku hak milik ku...:D


Tuesday, October 1, 2013

AKU YAKIN

Assalamulaikum

Its been a roller coaster ride for me...
Tired..exhausted...but Alhamdulilah semua dah terjawab.
Its not as easy as done...neither its not as hard as seen....
I have the whole faith but in anytime it just will collapsed.

Aku tak tahu sampai bila harus menanti..namun aku bahagia aku sudah berada di sebahagian hatinya,.
Aku tidak perlu meminta apa lagi selain dari kejujuran..
Aku hanya perlu berdoa...
Aku tetap aku...namun aku dahulu dan sekarang ada perbezaan
Aku lebih bersedia sekarang... sedia utk melayari bahtera dlm segala cuaca..dalam semua rintangan.
Aku lebih bahagia kerana aku telah melihat dgn sendirinya kuasa Illahi...

Aku yakin aku pasti....aku boleh menjadi Zulaikha....
Memiliki "Yusuf a.s" atas keredhaannya...
Janji ini bukan angan angan...sumpah ini bukan satu mainan
Aku yakin pada Maha Esa...
Dia pasti menjadi miliku..........

Wallahu'alam

Monday, August 19, 2013

ENVY AND JEALOUS

Assalamualaikum


Melihat post dari seseorang yang paling dekat dgn aku membuat aku cemburu...yes i feel envy with her and jealous about her. Afterall am just a normal human being.

Bukan aku tidak bersyukur dgn apa yang aku ada...dgn apa yang aku miliki. Namun ada sesuatu yang aku rasa dia memiliki jauh lebih baik dari apa yang aku ada...afterall aku hanya manusia biasa.

Dalam setiap gurau senda dan senyuman serta helaian tawa riang aku...di satu sudut..dalamnya naluri ku...aku sembunyikan sesuatu harapan...harapan aku jg memiliki apa dia miliki.
Kelengkapan seseorang yang sentiasa ada disisinya..seseorang yang sentiasa memujinya..seseorang yang memberi dia harapan utk menuju ke jalan yang diberkati..aku hanya manusia biasa, punya perasaan punya hati...aku menanggis dalam gelap...aku berdiam dalam tawa...aku mengharap sesuatu yang tidak mungkin menjadi kenyataan.....aku hanya manusia biasa...

Tak tahu kenapa perasaan itu sering datang...sudah berkali kali aku singkirkannya..namun ia tetap menghantui....dia yang sering ketawa riang...bukan hypocrite....aku terasa menusuk dlm jiwaku...aku cemburu....cemburu bukan kecantikkannya...cemburu bukan pada hartanya...tetapi aku cemburu kerana dia ada apa yang aku tiada...........sesuatu yang aku impikan sesuatu yang aku inginkan...sesuatu yang aku harapkan...sesuatu yang aku sering angankan.........aku hanya manusia biasa...

Mungkin aku pernah melakukan dosa yang amat berat pada masa silam ku...hingga kebahagian itu tidak aku temui pada kehidupan ini.....mungkin inilah balasa utk aku utk menembusi segala dosa lampauku........ingin sahaja aku berteriak....namun aku hanya manusia biasa........................

Pergilah wahai cemburu...jgn lah ko datang kembali...aku pohon....kerana aku tidak kuat utk mengatasinya...........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................



Friday, August 2, 2013

JIKA ITU REZEKIKU



Assalamualaikum

Its Friday!! Yippiee...

It seems like I am always losing something. Last week I lost my Titus watch during my wudhuk in the toilet of my office. Somehow i just forgotten totally about my watch till i step out from the office. In MRT, I realized am not wearing my watch. Its sentimental thing i hope some good angel will return it to me.
Today I lost my left gold earring. I feel like knocking my head on the wall. The gold earrings are from my late grandmother. Entah esok lusa apa lagi yang aku akan hilangkan.

Aku percaya rezeki itu datang dari Allah. Sesuatu yang hilang itu pastinya sudah bukan rezeki ku.Ingatlah. Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula bila-bila masa yang Dia kehendaki. Oleh itu, bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Biarpun sedikit. Dan. Moga di dalam yang sedikit itu, ada keberkatan. Apatah lagi dalam yang banyak.

Jika kita merasa susah, ingatlah bahawasanya lebih ramai manusia yang jauh lebih susah daripada kita. Jika kita keliru dan ternanti-nanti peluang kerja yang lebih baik, ingatlah bahawasanya berapa ramai diluar sana yang menganggur, malahan terpaksa mengemis dan membuat kemungkaran seperti merompak dan mencuri demi mendapatkan sesuap nasi. Syukurlah.. Setidaknya tulang empat kerat kita masih dapat berfungsi dan masih lagi mampu berbakti kepada kita. Alhamdulillah. Kita masih mampu mencari rezeki yang halal.

Talking about rezeki, I thank people around me whom never stop shower me with gifts. For this Syawal's preparation when am worried if i could not provide well for the kids,ada juga sahabat yang membantu sekadar mereka mampu. Keperluan anak anak dah lengkap and never forget mine too. I got 2 Bonia bags collection which I been aiming for. Thank you for the gifts. I am so glad. Mungkin itu lah namanya Rezeki. Semalam pula Kak Leeza called Insya Allah esok pagi dia singgah nak antar kuih tart. She never forget my kegemaran. Kuih tart aje yang me "attack" kat umah umah orang. Kuih lain Ok Ok lah....

Rezeki itu berbeza2 pada setiap manusia. Aku bersyukur rezeki ku tetap ada dan semoga Allah mempermudahkan perjalanan aku. Aku percaya, walaupun dalam kekurangan diriku aku masih tidak lupa utk berkongsi jg walaupun dalam sedikit.Aku percaya rezeki itu milik Allah, dan DIA pastinya akan memurahkan rezeki ku dalam zat zat lainnya....terima kasih Allah.


Well, ok lah aku mcm rasa rasakan ada rezeki utk aku nih.....pastinya jam yang hilang tuh tandanya aku bakal terima jam baru hahahaha......


Jika itu rezekiku..............................................









Tuesday, July 30, 2013

KENAL DIRI SENDIRI



Andai KEBURUKAN & KEKURANGAN yang kita CARI dalam diri seseorang maka amat2 MUSTAHIL untuk kita NAMPAK KEBAIKANNYA...Tetapi, jika kita sedia MENERIMA kekurangan seseorang...pasti kita akan nampak seluruh KEBAIKANNYA...KEKURANGANNYA DIREDHAI...KELEBIHANNYA DISYUKURI...

Dan janganlah mudah MENGHUKUM seseorang di atas KESILAPANNYA...Kelak kita akan BUTA dengan KESILAPAN & KEKURANGAN diri kita..

Setiap manusia ingin kan yang terbaik dan aku jg tidak terkecuali. Namun aku terlupa utk bertanya pada diri sendiri, Baikkah aku utk menerima yang terbaik? Semalam aku sedar bertapa kerdilnya aku. Banyak lagi yang aku tidak tahu dan rupanya aku mensia siakan waktu aku utk tidak ambil tahu. Sebagai manusia kita sering aje sibuk mencari kekurangan orang lain, kesilapan orang lain hingga lupa diri ini jg tidak sempurna.

Bersujudlah aku supaya aku tidak menjadi orang yang bongkak, manusia yang riak, manusia yang lupa diri.
Ya Allah,Hamba hanyalah seorang manusia biasa yang tak pernah luput dari kesalahan, Yang tak pernah luput dari keinginan yang tak pernah ada habisnya ..Yang tak pernah merasa cukup terhadap kehidupan ini ..

Ya Allah, Bimbinglah kami agar kami selalu senantiasa berada tetap di jalanmu, Jadikanlah kami orang" yang selalu bersyukur meskipun kekurangan, Ampunilah segala kesalahan" kami ya Robb,

Robbana'atina fidunya hasanah, Wafil akhiroti hasanah, waqina adzabannar, Aamiin, ya robbal'alamiin


Aku insaf pandangan Allah itu lebih baik dari pandangan orang. Di antara kelakuan dan juga cara kita berpakaian. Aku tidak kisah kalau ada teman2 memanggil aku " kampungan" atau pun kolot. Aku hanya inginkan keredhaan Allah. Jika ada yang ingin kan kecantikkan rupa aku persilakan sahaja cari teman lain. Memang manusia ini berbeza sekurang2nya aku tidak hiprokrit utk menjalani kehidupan aku.
Aku tak kisah kalau aku tidak cantiq rupa cukup lah wajahku dapat menenangkan nang sang suami.
Aku tak kisah kalau aku tak seksi cukuplah badan ku menjadi tatapan sang suami daripada dilihat berjuta mata liar.
Aku dah belajar redha dan ikhlas. Aku bersyukur kerana apa yang aku lakukan kini menjadikan perjalanan hidupku lebih tenang dan jg lebih bermakna. Aku dapat memaafkan sesama manusia setiap malam sebelum ku tidur.
Aku redha dgn penentuan Illahi...pada masa yang sama aku bersyukur kerana telah memberi aku peluang yang amat berharga...utk aku mengenal Islam, Ugama ku, my pillar.

Aku telah merasakannya....benar apa yang dikatakan Allah akan sayang kita kalau kita sayang Allah.
Nak Tenang, Solatlah. Nak Menangis, Sujudlah. Nak Mengadu, Berdoalah. Nak Syurga, Beribadatlah. Islam itu mudah, jangan merumitkan
Setiap hari aku merasakan ketenangan yang berbeza beza. Aku mampu tersenyum dalam segala masalah. Mampu lagi bersyukur dalam kesakitan dan alhamdulilah dalam setiap ujianNya...
Kdg2 masalah itu tak besar mana, tapi Allah campak kerisauan pada hati hingga segalanya tak tentu arah. Tujuannya agar kita balik semula pd Allah.

Saat ini aku hanya ingin melihat kekurangan pada diriku...usaha utk menjadi yang terbaik...utk dapatkan yang terbaik disisi Allah.. Aku hanya hamba Allah yang lagi bertapak utk mengenal Dia.........

Semoga di permudahkan perjalanan ku...Tidak semestinya manusia yang memiliki kisah silam itu teruk selamanya. Selamat tinggal masa silam , Ahlan wasahlan masa hadapan...


Friday, July 19, 2013

ANDAI KAU TAHU


Jumaat...
Andai ko tahu aku masih menantikan dirimu...
Andai ko tahu betapa aku masih menantikan dirimu.
Aku tidak harapkan apa apa dari mu...hanya satu persahabatan yang murni..

Aku masih melihat hp aku mengharapkan hanya satu baris sms dari mu ..."HI" atau "SALAM"
Tiada hampa...ko trus hilang.....
Andai ko tahu aku masih lagi menanti kan dirimu...
Andai ko tahu aku masih lagi merindui dirimu....
Andai ko tahu aku masih lagi berpegang pada sumpah ku...
Andai ko tahu ada janji dan sumpah yang belum lagi terlunai....

I just need a reason..........


  • Just give me a reason Just a little bit's enough
  • Just a second we're not broken just bent
  • And we can learn to love again It's in the stars 
  • It's been written in the scars on our hearts 
  • We're not broken just bentAnd we can learn to love again


Thursday, July 18, 2013

AURATKU

Assalamualaikum..

Semnejak berhijrah aku lebih banyak membaca tentang Islam.
Sejarah Islam dan juga sahabat sahabat Nabi.
Dalam bulan Ramadan nih pula aku meluangkan masa utk ambil tahu lebih mendalam apa yang aku tidak tahu. Buku buku Agama seperti Fadhilat Al-Quran, Fadhilat Ramadan dan juga tentang Tertibnya seorang muslimah ada lah bahan bahan yang telah aku baca utk mengenal dan menelitikan diri aku sebagai muslimah.

Aurat wanita itu ada lah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Hanya tapak tangan dan muka aje yang boleh dinampakkan.
Selepas berhijrah aku lupa tentang aurat kaki....Rupanya byk lagi yang harus aku ambil tahu.
Selain dari sholat fardhu ku yang alhamdulilah aku telah dapat melakukannya dalam tepat waktunya..aku sekarang ingin mendekatkan diri padaNya dgn melakukan sholat qiam. Insya allah...pertingkat2 aku akan cuba utk menjadi seorang muslimah yang sempurna.

Sering kali kita terlupa bahawasanya kaki jg adalah sebahagian dari aurat seorang wanita yang harus di jaga. Harus ditutup...Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna.

Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?

Saya ada terbaca tentang hal ini di laman web...ini utk berkongsi...semoga kita menjadi seorang muslilmah yang sempurna ...Insya allah......


Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.

Aku lagi menuju kaki ku..utk menjadi seorang muslimah yang sempurna..
Ya Rab..Aku takut akan Neraka mu...dan mgkin aku jg tidak layak pada SyurgaMu...
Ampunilah dosa dosaku Ya Rab...



Tuesday, July 16, 2013

ALHAMDULILAH SYUKUR SAAT DIUJI

Assalamualaikum..

Alhamdulilah aku bersyukur atas nikmat serta ujian Mu Ya Rab...
Aku tersenyum sendirian...merenung apa yang menimpa ke diriku..
Nasib? neahh aku tidak pernah salah kan nasib..malahan dari awal lagi aku dah jangka ia akan berlaku.
Aku redha dan aku ikhlas. Walaupun hati ku tahu ia hanya lah satu mimpi yang tidak pernah menjadi nyata namun aku tetap mempercayainya atas nama sesama manusia.

Aku tidak pernah marah...utk apa aku marah...
Aku tidak pernah benci...kenapa harus ada benci...
Aku tahu aku telah dianiaya...aku tidak ada hak utk membenci dan marah sesama manusia...bukan tugasku..kerana aku masih mampu bersenyum dan berdoa agar Allah saja membalasnya..

7 Malapetaka bumi....aku sumpah pada dirinya...kerana khalimah Allah menjadi permainan dibibirnya.
Lagi sekali aku tegaskan disini...aku ikhlas....sumpahan itu bukan utk diriku...tapi demi Allah swt dipersendakan...

Jika Allah memberimu ujian, itu adalah kenikmatan. Karena dari ujian Allah hendak naikkan tingkatan keimananmu.
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami Telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Quran Surat Al-Ankabuut Ayat 2)


Setiap kejadian ada hikmah....hari ini dia membuat aku kehilangan satu pekerjaan yang amat diperlukan...aku percaya ada 10 pintu rezeki Allah yang masih lagi terbuka utk aku..
Aku yakin pada kuasa Illahi..orang yang beriman tidak akan berjanji diluar jangkaan dirinya..
Satu pembohongan ke satu pembohongan...sepertinya ia tidak akan pernah berhenti disitu...

Ya Rab...aku doakan kebaikkan dari Mu..supaya dia diberi hidayah..supaya dia mohon keampunan dari Mu sesungguhnya aku adalah insan yang teraniaya dan jgn lah ada lagi yang teraniaya.....

Allahuma Ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha
Ya ALLAH, mereka ini ( sebutkan nama mereka ) zalim/menipu/aniaya pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini


Aku tidak ingin kan hartanya...wang ringgitnya...yang aku pinta hanya lah hatinya.
Sekeping hati yang penuh kejujuran, ketaqwaan dan keikhlasan dalam persahabatan. Bukan rupa dan kekayaan menjadi ukuran persahabatan...kalau ada kejujuran dan keikhlasan dgn sendirinya terjalin lah satu ikatan yang mesra dan di redhai..
Biar susah mcm mana pun...kepercayaan itu adalah penting...sebuah pertalian itu terjalin atas cinta kita pada Allah...

“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada jasad/bentuk(rupa) kalian tapi Allah melihat pada hati kalian..” : Apabila hanya hati yang diutamakan maka tidak perlu bersusah payah menunaikan shalat 5 waktu, shaum, zakat, haji,dll.

Kenapa harus berbohong? Utk apa? Kenapa? Mengapa? Utk kepentingan diri sendiri? Usaha lah sendiri kerana Allah swt telah memberi kita jasad dan tubuh yang sihat. Jangan sampai Allah ambil semuanya....
Lagi lagi dlm bulan Ramadan...bulan mulia utk berdoa terus pada Illahi....Semoga apa aku doa kannya akan termakkbul....

Senyum.....Aku terus tersenyum...kerana aku syukur atas ujiannya....
Kerana aku tahu Allah masih sayang pada Ku.....Alhamdulilah....Aku merasai ketenangan ini..

Utk menjadi sahabatku yang mesra...tak perlu hiprokrit...tak perlu berbohong..tak perlu jadi orang kaya...tak perlu menjadi cantiq....jadilah diri sendiri.......jadi lah umat Islam yang takut dan percaya atas azab Allah..
Janji Allah itu benar...

Namun, jika kau mampu tersenyum sabar justru saat ujian datang, engkau berhak bahagia. Karena engkau sudah tahu apa hakikat ujian.
"Aku Rasulullah mengagumi seorang mukmin yang bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia bersyukur dan bersabar" (HR Ahmad)

Secara hakikat bahwa tidak mungkin akan tergambar baiknya hati kecuali dengan baiknya amalan-amalan dan tidak ada kebaikan bagi suatu amalan kecuali dengan baiknya hati dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah menjelaskan yang demikian dengan seindah-indahnya penjelasan dalam hadits Nu’man bin Basyir (yang artinya)….
\“ Ingatlah bahwa sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging apabila baik gumpalan tersebut maka baiklah jasad tersebut dan sebalikya apabila rusak maka rusaklah jasad tersebut ingatlah bahwa itu adalah hati”

Tundukkan Hati Ke Dunia Reality.....


Sunday, July 14, 2013

ANDAIAN HATI

Assalamulaikum

Melihat ke langit... tiada bintang...gelap...sepi
Seperti tidak puas hati mata aku "scan" lagi langit tuh...pasti ada bintang....
Tetap kecewa....mengeluh...

Pelik...hati ini terasa pelik.
Mungkin kerana aku penat..bercampur rindu..dan kesepian hp aku membuat andaian tersendiri.
Apa perasaan itu benar? Atau hanya andaian hati...

Every smile lies a secret.....setiap terjadi adalah Rahsia Allah...
Aku hanya mampu berdoa dan meminta sesuatu yang terbaik...
Kalau benar andaian hati....Ya Rab tjkkan lah kebenaran itu.....

Aku hanya mampu menanti jawapannya...


Monday, July 1, 2013

THE COLLECTION

Assalamualaikum Semua..

For those who are bags craze like me...wanna update..Bonia are having a few new collection!!
Yes they did...Arrrggghhhh making me damn crazy...

Setiap hari I will check on the website to see their latest news. Saw this beautiful hobo bag. 
Harga dia biasa lah berpatutan...$450...but this round kena telan air liur aje sebabnya i cannot afford to spend.
Haizz....lots of commitment to settle...but i pray hard i will go thru all this.. 
Am gonna focus on the important part dulu..and hopefully by next year everything will go fine..
Life will be beautiful again,...and where i can breathe in fresher clearer air...insya allah.

My checklist is getting fatter each day hahahahah...MK and Bonia watch...Chanel parfume...Bonia bags...bags and baggggss....and lots and lots of bagsssss............ hahahahahaha

The only thing that will make me happy and smile...when i shop for bags........thou tak dapat beli...window shopping and touching it pun jadilah.............

Grrrrrrr just crazy...............but i love it...................................

Bonia...do wait for me please.....i will get the collection that i want..i promise...i will............... 

Tuesday, June 25, 2013

TEWAS



Tewas...akhirnya aku tewas jg semalam. Macam mana gagah pun badan,  minda hati dan tubuh....aku tetap tewas.
Mungkin kerana aku terlalu penat. Seharian ku berlari lari mengejar masa. Masa yang berlalu terlalu pantas..

Aku sedar aku bukan machine...aku bukan robot. Dalam mencari wang..aku tidak harusnya menjadi hamba padanya..

Kerja kerja kerja...itu lah jadual ku setiap hari.
Dari isnin ke minggu, namun aku tiada pilihan. Aku ada tanggungjawab yang harus aku lunaskan. 
Rintihan ku tiada siapa yang mendengar..aku hanya inginkan yang terbaik.

Aku alpa pada amanah ku...tubuh ku jasad ku adalah amanah dari Allah.
Aku lupa menjaganya dgn baik...dan dgn itu...aku tewas...
Ketewasan itu membuat aku sedar...hak aku tetap milik Allah.
Aku harus menjaganya supaya ia tidak rosak...
Berehat lah hati...beradu lah tubuh....cukup lah disini sahaja...istirahat lah sepuasnya seperti esok tiada lagi.

Tuhan..ampuni dosa ku...
Tuhan...dgn adanya ujian ini...aku tidak memohon apa apa...terima kasih atas ujian ini...kerana aku tahu Allah menyayangi ku dgn memberi ujian....tapi Tuhan...berikan lah aku hati yang cekal, hati yang kuat..supaya aku tidak tewas dlm ujian mu.................
Hanya itu pinta ku...hapuskan lah airmata ku.......



Terkadang Kamu merasa tidak kuat
menghadapi cobaan yg begitu dahsyat
Setiap kali Kamu merasa sangat kehilangan
Setiap kali Kamu merasa begitu sendirian
semua yang kau lihat hanyalah kegelapan
dan rasa kehilangan yang begitu menyakitkan

Jangan pernah putus asa dan merasa sendiri
dalam mengarungi gelombang kehidupan ini
Jika kamu merasa tidak bisa bangkit kembali
dan kamu tidak mampu melihat jalan terbaik saat ini
yakinlah bahwa Tuhan selalu ada dimana kamu berdiri

Jika Allah berkehendak maka kamu akan menemukan jalanmu
Jika Allah berkehendak maka segalanya akan mudah untukmu
Jika Allah berkehendak maka tiada rasa gelisah didadamu
Jika Allah Berkehendak maka segalanya sesuai harapanmu

Tatkala kamu melakukan satu kesalahan
Janganlah kamu pernah kehilangan harapan
taubatlah kepadanya tuhan yang maha bijaksana
angkatlah tanganmu memohon ampunan darinya

Jangan putus asa dan kehilangan kepercayaanmu
Sebab Allah SWT itu selalu ada di sampingmu
Insya Allah kamu akan menemukan jalanmu
Insya Allah kamu akan menemukan jalanmu

kembalilah kepada sang maha pencipta
Dia yang tidak pernah jauh dari kita
percayalah padanya dan jangan pernah ragu
berdoalah,Ya Allah bimbinglah langkahku
jangan biarkan aku tersesat dan berpaling darimu
karna hanya Kau satu-satunya yang menunjukkan jalan hidupku

Wednesday, June 19, 2013

RAHSIA HATI



Dalam setiap tawa dan senyuman yang diukirkan tidak semestinya tiada duka dan luka yang dihadapi seseorang itu. Pastinya di sebalik senyuman tawa riang itu tersembunyinya segala rahsia.

Aku jg tidak terkecuali...tidak lari dari masalah. Pasti dlm kehidupan ini yang semakin mencabar, aku jg ada simpan rahsia. 1001 rahsia yang aku simpan rapi dalam diriku. Tidak mahu aku mengaibkan sesiapa..apa lagi soal rumahtangga. 
Lafaznya akad nikah..maka bermula lah rahsia itu. Kekurangan dan kelebihan pasangan kita adalah rahsia bersama. Walaupun aku akui ingin aje aku berteriak sepuas puasnya...utk hilangkan rasa sakit hati itu..namun ku tahu...ia adalah amanah ku...amanah utk menyimpan rahsia itu....

Derita? Entah lah mgkin tidak....kerana ada org lain yang lebih menderita dari aku...
Sendirian? Mungkin ya....jiwa ku kekosongan........tapi mungkin tidak kerana aku ada ALLAH tempat aku mengadu...tempat aku bermanja..tempat aku berkongsi....

Ingin aku berkongsi dgn seseorang...apa yang aku pendam selama ini...tapi wajarkah? Aku tidak mahu meraih simpati..aku tidak mahu dilihat lemah..aku tidak mahu orang lain mengambil kesempatan keatas diriku..

Aku masih kuat..masih diberi kesihatan...dalam apa jua keadaan...biarlah rahsia ini menjadi antara miliku dan Allah....

Rahsia hati ku....Sesungguhnya hanya DIA maha Mengetahui......................




Monday, June 10, 2013

MENCARI




Sibuk mencari 'tulang rusuk kiri' sehingga


lupa menghargai syurga di 'tapak kaki'??


Renungkan.......



Kata kata di atas amat lah mendalam. Semua orang inginkan terbaik dalam sesuatu hubungan...namun dalam pencarian itu kita jgn terlepas pandang bahawasanya syurga di "tapak kaki"............


Tuhan ,aku tahu Engkau tahu apa yang terbaik buat diriku...


Ya Rab seandainya perjalanan ku ini adalah cabaran dari Mu Ujian dari Mu utk


mendekatkan aku pada Mu...aku redha...



Ya Rahman, ampunilah dosa dosa ku..kealpaan ku...


Ya Allah bimbinglah diriku,Jagalah lisan, hati dan perbuatanku dari dosa,Kuatkanlah Iman ku


Ya Allah,Jadikan aku umatMu yang pandai bersyukur atas nikmatMu,Jadikan aku umatMu yang penuh kesabaran dan penuh keikhlasan atas kurniaanMu


Ya Allah hanya padaMu aku memohon,Hanya padaMu ku mohon perlindungan,Engkaulah Maha Pengampun

Ya Allah Maka ampunilah diriku Ya Allah Ampunilah Aku,Ampunilah dosaku Ya Allah.......





~Aku masih mencari Istiqomah Cinta~

Wednesday, June 5, 2013

AKU INGINKAN JAM BARU


Mungkin pelik jgk dgn tajuk post aku hari ini. Benar aku inginkan jam baru..bukan aku tak ada jam, tapi aku inginkan yang baru. Ye aku keep on repeating...aku ingin kan jam baru...jam baru yang dpt ingatkan aku pada waktu sholat. 

Jam baru yang dpt kejut aku secara auto bahawasanya waktu sholat tuh dah tiba. Supaya aku tidak lalai...supaya jam baru aku tuh memberi aku semangat utk terus bersholat. 

Well, manusia...adakalanya kita alpa...yes its me...kadang aku ambil ringan perkara sholat...maka itu aku ingin kan jam baru.

Macam mana nak ada jam tuh...hmmm ada tak seorang insan menghadiahkan aku jam tuh dan berkata...
"Pakailah jam ni supaya setiap kali awak melihatnya....awak takkan lupa sholat...kerana dlm sholat itu ada Maha Pencipta...Pencipta yang mencipta sy utk bertemukan awak...jgn lah Lupa Dia..kerana bila awak melupakanNYA maka awak lupa sy ada. Cinta sy pada awak kerana Agama yg ada pada awak, jika awak hilangkan agama dalam diri,hilanglah cinta sy pada awak"

Oooo how sweet...confirm semangat melihat waktu dan bila melihat waktu maka tidak pernahlah lupa atau ketinggalan sholat lagi...hahahahaha

Pasti ada yang mentertawakan sy...sy tak kisah...hakikatnya itu lah manusia. Ada yang kata iman tuh dah didada tak perlu jam kalau masuk waktu...pasti kita lakukan sholat sebab itu tuntutan dari NYA.
Sy tak nafikan...benar kata kata tuh..tapi sy manusia..manusia yang lemah....setiap manusia memerlukan motivasi utk melakukan sesuatu perkara. Umpamanya, seorang pelajar harus lah belajar dan memmastikan dia lulus dalam setiap mata pelajaran..tapi kalau setiap kali belajar dan ibu bapa tak memujinya..lama lama semangat tuh mati juga...
Sama lah dgn sy...sy inginkan jam baru dari seseorang....utk memberi sy semangat utk melakukan sesuatu perkara tuh dgn lebih tekun...matlamat sy ada dua...satu Demi Allah....dan demi Cinta........kan lebih indah...

Sy inginkan jam baru.........................


Tuesday, June 4, 2013

ANNA UHIBBUKI FILLAH



Anna Uhibbuki Fillah (saya syg awak kerana Allah)

Itu lah kata kata yang sering ku ungkapkan sekarang...

Bukan utk dia bukan utk sesiapa tapi utk diriku sendiri..
Seandainya benar ada yang mencintaiku...aku ingin mengatakan padanya setiap cinta itu adalah kerana Allah.

Setahun sudah aku berhijrah.. alhamdulilah perasaan zahir dan lahir itu begitu berbeza dari 3 thn dahulu...atau lebih sesuai kalau aku mengatakan berbeza dari 10thn dahulu.

Membazirkan waktu tanpa arah dan tujuan tanpa matlamat dan prinsip. Namun aku tidak pernah menyalahkan sesiapa..setiap yang berlaku ada hikmahnya..kejahatan itu datang dari diri sendiri...yang pasti akal harus berfikir mana satu buruk..

Perjalanan hidup ku selama ini telah mendewasakan aku. Aku telah mendapat byk pengajaran dari masa silam ku...utk dijadikan bekal utk aku meneruskan kehidupan ini dgn penuh berhati2. Nokta itam menjadikan aku lebih berhati2 memilih sahabat dan membuat aku tegas dalam pendirian aku sendiri.......aku lebih tegas utk membuat keputusan..aku lebih tegas menangkis setiap kata kata cinta manusia. Aku dapat menilai lebih baik kerana masa silam ku telah mengajarku erti cinta dan sahabatan yang murni.


Aku tidak cepat melatah..dalam persahabatan dan percintaan di ikat atas nama Illahi..aku pasti ia lebih indah dari biasanya..berjangka baik pada setiap manusia itu adalah sebaik2nya..malahan dpt menyucikan jg diri...dan masya allah tanpa aku sedari aku dikelilingi oleh ramai sahabat yang baik baik...


Jangan takut kehilangan cinta kerana Agama..tetapi takutlah kehilangan Agama kerana cinta...kata kata hikmah yang tidak akan aku lupakan. Setiap ungkapan cinta dahulu adalah berbeza dari ungkapan cinta hari ini..cinta dahulu adalah maksiat..saat ini aku mencari cinta pada Agama ku..cinta pada Dia...rindu Pada Maha Pencipta....


Aku lagi hangat bercinta.... bercinta pada Yang Esa....mencari jati diri...mencari akar diri....yang pasti...aku tidak mahu masa silam aku menghantui diriku...bermulanya perjalanan baru ku telah membuka jalan yang baru dlm kehidupanku...


Sesungguhnya aku tidak mahu trauma dengan pengkhianatan masa silam...dan tidak mahu bimbang dengan pengkhianatan masa akan datang..kerana aku yakin kebahagiaan yang dijanjikan oleh Maha Esa....


Aku masih mencari..............







Thursday, July 19, 2012

MASAK MASAK

Assalamualaikum

Semalam lepas kerja aje aku cuba lah nak buat kuih rose. Recepi biasa lah kalau tak google punya pasal.
Tgk kat You-Tube org buat sonang aje....bahan dia pun sonang nak dopat heheheh so aku cuba cuba.

Percubaan pertama..............hmmmm.......................Hanggus.............................
ok ok aku tahu setiap kali aku goreng pasti hangus. Aku dh slow kan api tetap hangus so aku really tak tahu mana lagi kesilapan technical nih.....wakakak

Kata org jgn cepat putus asa...so aku cuba sekali lagi.......
Jadinya ok lah ...kira berjaya lah jgk kan...sebabnya aku goreng "abis" aku goreng "abis"....
si Adeq duduk mengadap kat dapur aku taruk atas pingan aje dia ngap...:D

Itu tanda tanda "kelazatan" kuih rose aku....
waahahahaha............

Monday, July 16, 2012

SHOPPING SPREE

Assalamulaikum


I guess im getting crazy over the online purchase. I been making purchase one after another.Maybe because of the "deactivation" of my FB account...lolzz...i just too free hence I browse the net for information. End up...shopping!!!


Another craze biasa lah kalau bukan my Bonia Collection.
Its  been end up....I just bought a pink bag a few days ago and on weekends I drove up to Mahkota Parade to "hunt" for the limited edition Bonia which I unable to find in Spore Boutique. 


I did not manage to get what I want....actually I lagi cari Bonia ECO bags so end up beli lain.
However I still loving it...and I still hunt the bag that I want!!!


Today plan after work......To SINGAPORE AIRPORT..apa lagi kalau bukan to BONIA Natural Boutique and also House of Bonia....sana ada 2 boutique so die die I have to get there!!!

 My BONIA COLLECTION VS KATE SPADE

 MY NEW COLLECTION YIPPIEEE
 MY ONLINE SHOPPING CRAZE...20 DRESSES AND MORE...:D
ANOTHER ADD ON OF THE COLLECTION

Still hunting.......................



Tuesday, June 19, 2012

SYUKUR

Assalamualaikum...


Alhamdulilah pada Sabtu lepas aku pergi ambil record book belajar ugama anak anak ku.
Syukur sgt sgt mereka dpt keputusan yang memuaskan. Walaupun ini adalah percubaan pertama adeq anak bongsu ku Aqmal Rizal namun dia dpt menjalani peperiksaan tuh dgn sempurna..


Nur Insyirah anak sulung aku mmg tak pernah menghampakan aku. Kalau dlm academic dia sering berada di dalam range top 5. Duniawi kali ini dia dapat berada di posisi pertama. 


Aku bangga menjadi ibu mereka. Syukur kepada Allah yang telah kurniakan aku anak2 yang cerdik. Semoga ia berkekalan hingga mereka dewasa kelak. Semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Amin ya Rab....



Lepas tuh its my turn pulak kena belajar sungguh2. For my final project. Jumpa group member byk sgt yang kena di ubahkan..byk duplication. Final project nih nak kena buat bersungguh sungguh. Tak mampu utk gagal. Bukan apa aku tak nak lah as a mother aku suruh anak aku belajar bersungguh2 tapi bila aku pula gagal. Kenalah show good example. Aku harus berjaya juga dan aku ingin menerapkan pada mereka walaupun kita dah pandai atau dah rasa kita tahu segalanya...pelajaran tuh tak harus berhenti disitu sahaja. Kena terus meningkat kan diri. Kena trus ambil apa apa kursus yang ada utk menjamin masa depan kita.


Tak semestinya kita dah berjaya dlm pekerjaan..bermakna kita harus berhenti belajar sesuatu yang baru...
Tidak pernah terlambat utk belajar.



Kalau org tua mcm aku nih belajar side track dia mesti ada hahahah....belajarnya sikit..play tyme dia lebih..wahahahah
Well after the mind cracking kita pergi makan makan dan juga tgk wayang....biasa lah org tua mcm kita nih RAM kita dah kurengggg....lolzzz 


Movie kali nih...Snow White and the Huntsman...alam berangan mode......muahahaha.....


 

Thursday, June 14, 2012

MADAGASCAR 3

Assalamualaikum





12/06/2012
Watch Madagascar 3 with kiddos. i guess i enjoy the most than the kids...hahahahaha....
Nice educational movie. A bit touching...fuhhh like duh...hahaha


Ok its a must watch movie..seriously for destress you ought to watch it. Fun family bonding movie....and of course never forget your pop corn too ya....:D

Wednesday, June 13, 2012

4D3N Lotus Desaru Resort

Assalamualaikum....


Alhamdulilah aru aje pulang dari bercuti. Dekat2 aje bawa budak budak sempena cuti sekolah nih holiday. Nasib baik tak ramai org...I predicted pack tapi rupanya tak...
We have all the swimming pool by our own...waterpark pun tak lah penuh dan sesak budak2.
Semuanya jalan begitu lancar.


08/06/2012
Check in di dalam hotel. Dapat family suite 2 tingkat. Blok M grd floor yang berdekatan dgn swimming pool. Setelah check in aje anak2 dah tak sabar nak swim. Kena paksa makan...((aku dah kebulur)) muka dua beradik mcm sardine kena panggang...nak memberontak lah tuh.....
Ada bungy yang bawa kami ke satu tempat ke satu tempat dlm resort tuh..jadi bagi yang mendak malas mcm aku yg mmg malas nak jalan boleh lah naik bungy nih hehehehe............


Lepas lunch....satu hari kat dalam kolam...waterpark.........main sampai kecut..............malam tiba semua kebulur lepas dinner............jalan jalan tepi pantai sambil main bola sepak...hahahahah








09/06/2012
Visit to Desaru Fruit Farm dan juga Crocodile Farm
Ada misai kucing...baru aku kenal apa tuh pokok misai kucing dan bentuk rupanya hehehehe....maaf lah memang jakun sangat2....
Dalam Fruit Farm ada Mini Zoo....ada arnab comeii comeiii....teringat aku kat wristlet arnab aku ...adoiiii kejamnya aku.......(at that point of tyme aje)) hehehehe
Kawan aku tetap ada....kambing lahhhh siapa lagi muahahahaha...........
Lepas tuh lunch buffet eat as much as you can....,.memang lazat...beraneka kuih muih dan buah buahan...slurrppss lazat!!!



Crocodile Farm...
Sikit boring...sebab semuanya buaya...sama aje...
Ada satu buaya umurnya 166 thn...paling tua...yang lucu...buaya nih tak ada gigi kekekkekeke
Yang lain biasa aje ada yang gemuk, kurus kecik.....paling kecik buat biak is 3mths....









10/6/2012
Lepaking kat tepi pantai.
Mandi laut ala ala berangan Ombak Rindu...muahahaha
Aman sentosa melihat anak2 berlari2 bersuka ria...


Malam dinner ada pula fire works...depan mata lak tuh...
Pengalaman yang menakjubkan....sakit jugak jantung bila dah dekat mcm tuh....:D





























11/6/2012
Pagi pagi buta anak2 dah bangun...tak ingat mandi dan sarapan.
Apa lagi kalau tak sabar sabar nak mandi di swimming pool..


Check out at 130pm
Singgah kat Tebrau Shopping Mall
hehehehe............shopping tyme!!!! another BONIA bag for me...oppppsss


























Overall we have great family bonding fun tyme together.  
Thanks to hubby for the tyme spent.