Semnejak berhijrah aku lebih banyak membaca tentang Islam.
Sejarah Islam dan juga sahabat sahabat Nabi.
Dalam bulan Ramadan nih pula aku meluangkan masa utk ambil tahu lebih mendalam apa yang aku tidak tahu. Buku buku Agama seperti Fadhilat Al-Quran, Fadhilat Ramadan dan juga tentang Tertibnya seorang muslimah ada lah bahan bahan yang telah aku baca utk mengenal dan menelitikan diri aku sebagai muslimah.
Aurat wanita itu ada lah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Hanya tapak tangan dan muka aje yang boleh dinampakkan.
Selepas berhijrah aku lupa tentang aurat kaki....Rupanya byk lagi yang harus aku ambil tahu.
Selain dari sholat fardhu ku yang alhamdulilah aku telah dapat melakukannya dalam tepat waktunya..aku sekarang ingin mendekatkan diri padaNya dgn melakukan sholat qiam. Insya allah...pertingkat2 aku akan cuba utk menjadi seorang muslimah yang sempurna.
Sering kali kita terlupa bahawasanya kaki jg adalah sebahagian dari aurat seorang wanita yang harus di jaga. Harus ditutup...Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna.
Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?
Saya ada terbaca tentang hal ini di laman web...ini utk berkongsi...semoga kita menjadi seorang muslilmah yang sempurna ...Insya allah......
Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.
Aku lagi menuju kaki ku..utk menjadi seorang muslimah yang sempurna..
Ya Rab..Aku takut akan Neraka mu...dan mgkin aku jg tidak layak pada SyurgaMu...
Ampunilah dosa dosaku Ya Rab...

No comments:
Post a Comment