Dan janganlah mudah MENGHUKUM seseorang di atas KESILAPANNYA...Kelak kita akan BUTA dengan KESILAPAN & KEKURANGAN diri kita..
Setiap manusia ingin kan yang terbaik dan aku jg tidak terkecuali. Namun aku terlupa utk bertanya pada diri sendiri, Baikkah aku utk menerima yang terbaik? Semalam aku sedar bertapa kerdilnya aku. Banyak lagi yang aku tidak tahu dan rupanya aku mensia siakan waktu aku utk tidak ambil tahu. Sebagai manusia kita sering aje sibuk mencari kekurangan orang lain, kesilapan orang lain hingga lupa diri ini jg tidak sempurna.
Bersujudlah aku supaya aku tidak menjadi orang yang bongkak, manusia yang riak, manusia yang lupa diri.
Ya Allah,Hamba hanyalah seorang manusia biasa yang tak pernah luput dari kesalahan, Yang tak pernah luput dari keinginan yang tak pernah ada habisnya ..Yang tak pernah merasa cukup terhadap kehidupan ini ..
Ya Allah, Bimbinglah kami agar kami selalu senantiasa berada tetap di jalanmu, Jadikanlah kami orang" yang selalu bersyukur meskipun kekurangan, Ampunilah segala kesalahan" kami ya Robb,
Robbana'atina fidunya hasanah, Wafil akhiroti hasanah, waqina adzabannar, Aamiin, ya robbal'alamiin
Aku insaf pandangan Allah itu lebih baik dari pandangan orang. Di antara kelakuan dan juga cara kita berpakaian. Aku tidak kisah kalau ada teman2 memanggil aku " kampungan" atau pun kolot. Aku hanya inginkan keredhaan Allah. Jika ada yang ingin kan kecantikkan rupa aku persilakan sahaja cari teman lain. Memang manusia ini berbeza sekurang2nya aku tidak hiprokrit utk menjalani kehidupan aku.
Aku tak kisah kalau aku tidak cantiq rupa cukup lah wajahku dapat menenangkan nang sang suami.
Aku tak kisah kalau aku tak seksi cukuplah badan ku menjadi tatapan sang suami daripada dilihat berjuta mata liar.
Aku dah belajar redha dan ikhlas. Aku bersyukur kerana apa yang aku lakukan kini menjadikan perjalanan hidupku lebih tenang dan jg lebih bermakna. Aku dapat memaafkan sesama manusia setiap malam sebelum ku tidur.
Aku redha dgn penentuan Illahi...pada masa yang sama aku bersyukur kerana telah memberi aku peluang yang amat berharga...utk aku mengenal Islam, Ugama ku, my pillar.
Aku telah merasakannya....benar apa yang dikatakan Allah akan sayang kita kalau kita sayang Allah.
Nak Tenang, Solatlah. Nak Menangis, Sujudlah. Nak Mengadu, Berdoalah. Nak Syurga, Beribadatlah. Islam itu mudah, jangan merumitkan
Setiap hari aku merasakan ketenangan yang berbeza beza. Aku mampu tersenyum dalam segala masalah. Mampu lagi bersyukur dalam kesakitan dan alhamdulilah dalam setiap ujianNya...
Kdg2 masalah itu tak besar mana, tapi Allah campak kerisauan pada hati hingga segalanya tak tentu arah. Tujuannya agar kita balik semula pd Allah.
Saat ini aku hanya ingin melihat kekurangan pada diriku...usaha utk menjadi yang terbaik...utk dapatkan yang terbaik disisi Allah.. Aku hanya hamba Allah yang lagi bertapak utk mengenal Dia.........
Semoga di permudahkan perjalanan ku...Tidak semestinya manusia yang memiliki kisah silam itu teruk selamanya. Selamat tinggal masa silam , Ahlan wasahlan masa hadapan...
.jpg)

No comments:
Post a Comment