Tuesday, June 4, 2013

ANNA UHIBBUKI FILLAH



Anna Uhibbuki Fillah (saya syg awak kerana Allah)

Itu lah kata kata yang sering ku ungkapkan sekarang...

Bukan utk dia bukan utk sesiapa tapi utk diriku sendiri..
Seandainya benar ada yang mencintaiku...aku ingin mengatakan padanya setiap cinta itu adalah kerana Allah.

Setahun sudah aku berhijrah.. alhamdulilah perasaan zahir dan lahir itu begitu berbeza dari 3 thn dahulu...atau lebih sesuai kalau aku mengatakan berbeza dari 10thn dahulu.

Membazirkan waktu tanpa arah dan tujuan tanpa matlamat dan prinsip. Namun aku tidak pernah menyalahkan sesiapa..setiap yang berlaku ada hikmahnya..kejahatan itu datang dari diri sendiri...yang pasti akal harus berfikir mana satu buruk..

Perjalanan hidup ku selama ini telah mendewasakan aku. Aku telah mendapat byk pengajaran dari masa silam ku...utk dijadikan bekal utk aku meneruskan kehidupan ini dgn penuh berhati2. Nokta itam menjadikan aku lebih berhati2 memilih sahabat dan membuat aku tegas dalam pendirian aku sendiri.......aku lebih tegas utk membuat keputusan..aku lebih tegas menangkis setiap kata kata cinta manusia. Aku dapat menilai lebih baik kerana masa silam ku telah mengajarku erti cinta dan sahabatan yang murni.


Aku tidak cepat melatah..dalam persahabatan dan percintaan di ikat atas nama Illahi..aku pasti ia lebih indah dari biasanya..berjangka baik pada setiap manusia itu adalah sebaik2nya..malahan dpt menyucikan jg diri...dan masya allah tanpa aku sedari aku dikelilingi oleh ramai sahabat yang baik baik...


Jangan takut kehilangan cinta kerana Agama..tetapi takutlah kehilangan Agama kerana cinta...kata kata hikmah yang tidak akan aku lupakan. Setiap ungkapan cinta dahulu adalah berbeza dari ungkapan cinta hari ini..cinta dahulu adalah maksiat..saat ini aku mencari cinta pada Agama ku..cinta pada Dia...rindu Pada Maha Pencipta....


Aku lagi hangat bercinta.... bercinta pada Yang Esa....mencari jati diri...mencari akar diri....yang pasti...aku tidak mahu masa silam aku menghantui diriku...bermulanya perjalanan baru ku telah membuka jalan yang baru dlm kehidupanku...


Sesungguhnya aku tidak mahu trauma dengan pengkhianatan masa silam...dan tidak mahu bimbang dengan pengkhianatan masa akan datang..kerana aku yakin kebahagiaan yang dijanjikan oleh Maha Esa....


Aku masih mencari..............







No comments: