Dalam setiap tawa dan senyuman yang diukirkan tidak semestinya tiada duka dan luka yang dihadapi seseorang itu. Pastinya di sebalik senyuman tawa riang itu tersembunyinya segala rahsia.
Aku jg tidak terkecuali...tidak lari dari masalah. Pasti dlm kehidupan ini yang semakin mencabar, aku jg ada simpan rahsia. 1001 rahsia yang aku simpan rapi dalam diriku. Tidak mahu aku mengaibkan sesiapa..apa lagi soal rumahtangga.
Lafaznya akad nikah..maka bermula lah rahsia itu. Kekurangan dan kelebihan pasangan kita adalah rahsia bersama. Walaupun aku akui ingin aje aku berteriak sepuas puasnya...utk hilangkan rasa sakit hati itu..namun ku tahu...ia adalah amanah ku...amanah utk menyimpan rahsia itu....
Derita? Entah lah mgkin tidak....kerana ada org lain yang lebih menderita dari aku...
Sendirian? Mungkin ya....jiwa ku kekosongan........tapi mungkin tidak kerana aku ada ALLAH tempat aku mengadu...tempat aku bermanja..tempat aku berkongsi....
Ingin aku berkongsi dgn seseorang...apa yang aku pendam selama ini...tapi wajarkah? Aku tidak mahu meraih simpati..aku tidak mahu dilihat lemah..aku tidak mahu orang lain mengambil kesempatan keatas diriku..
Aku masih kuat..masih diberi kesihatan...dalam apa jua keadaan...biarlah rahsia ini menjadi antara miliku dan Allah....
Rahsia hati ku....Sesungguhnya hanya DIA maha Mengetahui......................


No comments:
Post a Comment