Wednesday, January 4, 2012

Detiknya Bermula Disini

Bismilla hir rahman nir rahim...
Alhamdulilah syukur ke atas nikmat serta kesihatan yang telah diberi olehNya.


Hari ini dah 2 hari aku bertudung. Semalam ia berjalan dgn lancar. Terasa kelainannya. Tak sangka pula teman teman sekeliling jg dapat merasakan ketenangan yang aku rasa. Benar aku benar benar rasa tenang dan lebih aman di dalam hati. Mungkin itulah bermulanya nikmat yang Allah berikan.. Ya Rab, Engkau permudahkan lah perjalanan aku kali ini....


Aku ingin kurangkan activity di alam internet.Namun begitu ia tidak bermakna aku ingin memutuskan siratulrahim sesama kawan...hanya ingin meluangkan masa lebih dari pekerjaan.
Lagipun aku takut kalau byk bercakap byk pula fitnah, kesilapan dan keaiban..maklum lah aku hanya insan yang lemah..bila bila masa akan melakukan kesilapan...langkah yang aku ambil hanya lah berhati2 bila berbicara...insya allah.


Lucunya semalam secretary finance Boss tercari cari aku. Padahal aku duduk diam di dalam office aku. 
Aku jalan depan dia pun dia tak sapa..rupanya dia tak kenal aku. Aku tak salah kan dia..sebab memang pertama kali aku "bercontact" lens ke pejabat dan berserta pula aku berhijab. Ramai yg memuji dan bertanya...Ya Rab...masya allah..segala pujian itu keatas dirimu..syukran atas kecantikkan yang telah Engkau berikan.


Malam saat ke kuliah, Zarina sahabat satu pengajian tgu aku di control MRT. Aku senyum kat dia tapi dia tak membalas hingga lah aku memberi salam kepadanya....


"Baby?? Aku ingat orang mana aje senyum senyum kat aku...eh ko dah bertudung?Bila start"


Aku hanya mampu tersenyum...membiarkan Zarina dgn soalan dan wajah kebinggunggannya.


Selepas kuliah dan saat baru sahaja ingin meletakkan kepala di atas bantal ku...terima WhatsApp dari Zarina...


"I feel so peaceful when with you today entah kenapa and at the same time aku rasa paiseh.hehe.peaceful sebab ko dah tak ckp pasal lelaki itu dan ini.And segan because I dont wear tudung"


Lagi sekali aku tersenyum...tidak membalas whatsapp Zarina....syukur lah kalau ketenangan diri dirasainya juga..dan syukur kerana perjalanan pertama aku bermula disini....dan semoga seterusnya membawa lagi cerita2 yang indah............





Ya Allah, bukakanlah keatas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah keatas kami khazanah rahmat-Mu, Wahai Tuhan Rabbul Izzati yang maha pemurah lagi maha penyayang, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku, Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku, terimalah pemohonanku Ya Rabb.

3 comments:

Unknown said...

Syukur alhamdulillah.. satu nikmat juga bila Allah berikan kita peluang utk berubah.. bila tengok kau mcm ni aku pun rasa nak insaf jugak.. huhuhu banyak dosa gak aku ni,..

lakshman said...

I like..... nice and peaceful to c u with the outfit.... it delivers an eastern culture very well.. keep it up....

Baby Darling said...

thxs both for the support....dosa tuh mana mana aje G..nih baru takut lama2 sedar atau tak tetap buat dosa cuma kena lebih bersikap ambil tahu hati2 dan kurangkan activity yang tak mendatangkan faedah..:D